Pelakon Nur Fathia Latiff dalam kenyataan kepada Harian Metro mengakui dia kini dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi insan
yang lebih baik di sisi agama, sekali gus dijadikan teladan kepada
peminat.Malah, Fathia menganggap setiap kontroversi yang melanda dirinya sebagai ujian Allah S.W.T bagi menguji ketabahannya.
"Secara peribadi, kontroversi demi kontroversi yang melanda diri semakin
mematangkan saya dalam meniti jatuh bangun sebagai anak seni. Sebab itu saya mengambil pendekatan
untuk berdiam diri sekarang bila nama terpalit dengan kontroversi untuk
meredakan serta tidak mahu lagi memburukkan keadaan," katanya.
Fathia turut mengakui kontroversi itu semua secara tidak langsung telah menjejaskan nama dan masa depan kerjayanya."Siapa yang tidak berasa kecewa dan merajuk apabila nama digugurkan
daripada projek drama pada saat akhir dan nama saya juga seolah-olah
disenarai hitam stesen televisyen swasta?
"Kini saya mahu bermuhasabah diri dan menjadi Fathia yang baru. Saya
berharap semoga diri ini diberi peluang kedua untuk aktif kembali dalam
bidang lakonan yang diceburi sejak dulu," katanya.
Fathia juga akan lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun komen di media sosial pada masa akan datang.
"Sebagai selebriti, saya memang tidak arif mengenai isu politik dan
komen yang dikeluarkan sebelum ini juga ikhlas sebagai rakyat.
"Namun, kenyataan yang saya buat itu disalahtafsir oleh netizen hingga
mencetuskan kontroversi dan menjejaskan nama baik dalam bidang hiburan
tanah air," katanya.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD