Seorang model wanita dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik
gambarnya yang dianggap kurang sopan di Instagram miliknya.Beberapa
keping gambar dengan ‘pose’ berani iaitu berhijab sambil mengangkang
yang di muat naik oleh model tersebut ternyata mengundang kemarahan
serta kecaman daripada netizen.
Model yang dikenali dengan nama Yaya tersebut dikatakan bertindak berani
dengan memuat naik gambar seperti itu dan lebih teruk lagi apabila
beliau menyertakan bersama keterangan “Nasi kangkang nak?”.Kenyataan
tersebut menyebabkan dirinya lebih teruk dikecam kerana ‘Nasi kangkang’
bermaksud ilmu hitam yang digunakan terhadap kaum lelaki bagi tujuan
menundukkan mereka dan perbuatan tersebut adalah haram di sisi agama.
melakukannya
hanyalah untuk tujuan suka-suka tetapi
tidak menyangka sama sekali dia akan dikecam sebegitu teruk oleh
netizen.Yaya turut memberitahu bahawa dia sedia maklum bahawa gambar
sebegitu
tidak sesuai untuk kalangan masyarkat di negara ini apatah lagi dia
memuat naik gambarnya yang bertudung sambil melakukan aksi
tersebut.Ianya menyebabkan dia teruk dikecam sehingga ada yang
menghantar DM (mesej langsung) menyindirnya
dengan pertanyaan “buat
‘nasi kangkang’ ke” menyebabkan dia meletakkan kenyataan “Nasi kangkang
nak” sebagai membalas sindiran yang dilontarkan kepadanya.Yaya yang
merupakan anak kedua dari tiga beradik serta berasal daripada
Terengganu bagaimanapun telah memadam kenyataannya itu dan digantikan
dengan emoji selepas ditegur oleh majikannya yang tidak mahu ianya
berterusanmenimbulkan kekecohan di media sosial.”Saya turut dimarahi
oleh ahli keluarga akibat daripada gambar yang kurang sopan tersebut,”
kata Yaya.
Beliau ketika ditemui memberitahu bahawa dia mempunyai alasannya yang
tersendiri terhadap tindakannya itu dan ianya terpulang kepada
masyarakat untuk menilai dirinya.“Ini merupakan kali pertama saya
dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi
oleh usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD