Fesyen Ketat, Tudung Singkat Fathia Dicemuh Netizen





MENJADI seorang personaliti popular bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap tindakan dan tingkah laku diperhatikan, apatah lagi jika anda wanita secantik aktres Fathia Latiff.Sejak mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada April tahun lalu, Fathia, 30, dilihat tidak kalis kontroversi terutama sekali yang berkaitan dengan cara pemakaiannya yang dilihat sebagai tidak menetapi syarak. Terbaru, imej Fathia sekali lagi mencetuskan rasa tidak puas hati netizen kerana fesyen yang digayakan semasa menghadiri majlis Gala Night anjuran Mood Republik Ahad lalu dikatakan terlalu seksi.
Meskipun menetapi tema Glam & Glitters majlis tersebut, namun netizen berpendapat dres biru rekaan Raffiey Nasir itu tampak terlalu ketat apatah lagi dipadankan pula dengan tudung Fathia yang terlalu singkat hingga menampakkan bentuk dada aktres cantik itu.

Antara komen-komen peminat yang menyifatkan pakaian Fathia terlalu seksi:
“@fatimahzahirah228: Seksilah Kak Fathia.”

“@aeinmarzuki: Awak, kenapa begitu pakai bajunya. Emmm.”
Tak kurang juga yang meninggalkan komen yang agak keterlaluan dan seakan-akan menghina peneraju utama drama Ariana Rose ini:

“@hakimahmad2: Payung tet*k ke. Berhijab tu sopan lah sikit. Janganlah jadi hijabi*ch.”
“@siafiqe: Ni jenis nak ikut jejak langkah Uqasha ke?”
“@wanie.idrus: Ingatkan pergi buat umrah taubat untuk lebih baik pemakaian. Tapi hampeh. No wonder la orang kutuk, dengan jenis kau macam ni. Kalau baju tu sponsor boleh tolak secara baik.”
“@mgilardyno: Aku rasa die sendiri memang dah tau cara pemakaian perempuan Islam yang sebenar. Pesan aku berubah la sebelum terlambat.”

“@aemmmyyy: Kata dulu ada penasihat. If nak post kena mintak izin bagai. Sekarang post gambar semua tudung nampak dada. Haih ustaz dah kena pecat
ker.”

Tak kurang juga terdapat peminat yang memberi nasihat yang bernada lebih positif serta mendoakan agar Fathia mengubah gaya pemakaiannya kepada yang lebih menutupi aurat:
“@s.n.e.m.a: Awak ada brand tudung sendiri jual tudung but …….may Allah give hidayah to you..i your fans since you tak pakai tudung lagi but sekarang……”

“@bajulawa.co: Hello Kak Fathia. Please ingat balik tujuan kenapa Allah suruh perempuan tutup aurat. Mesti ada sebab😊 lagipun awak sendiri reka tudung dara awak mesti la tujuan perempuan berfesyen ikut syariat islam. Awak ni artis, peminat mesti ikut contoh dari awak. Ramai tegur awak mesti ada sebab. Buang sikit ego tu and terima nasihat orang ok. Salam.”
Tetapi, adakah Fathia memberi respon terhadap komen-komen negatif mahupun positif para peminatnya? Tidak!

Semalam, beliau telah memuatnaik satu video pendek di Instagram menunjukkan pelakon itu sedang berjalan sambil berbual dengan seorang lagi pelakon wanita kontroversi, Uqasha Senrose, semasa mereka berdua baru tiba di acara tersebut.
Mungkin sudah lali dengan kata-kata kurang baik yang dilontarkan terhadapnya, Fathia dilihat seakan-akan tidak ambil pusing lagi malah masih mengekalkan gambar-gambar beliau berbaju ketat itu di laman Instagram miliknya.

Mungkin Fathia perlukan lebih masa untuk berpakaian patuh syariah meskipun telah membuat keputusan untuk bertudung. Atau, godaan fesyen lebih kuat berbanding ketetapan hati aktres cantik ini? Jeng jeng jeng! – MYNEWSHUB.CC/SK



1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD