Tergamak seorang ibu yang sanggup membiarkan teman lelakinya mencabul
dan meliwat dua orang anak perempuannya sehingga menyebabkan dua beradik
itu trauma, lapor Harian Metro.Dalam kejadian di kediaman mereka di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu,
wanita berusia 36 tahun itu juga menunjukkan contoh yang tidak baik
kepada anak-anaknya apabila bersekedudukan dengan suspek sejak setahun
lalu.
Berdasarkan sumber polis, mangsa berusia 14 dan 17 tahun yang masih
bersekolah tinggal di rumah berkenaan selepas ibu bapa mereka bercerai
sejak beberapa tahun lalu."Suspek kebiasaannya akan mengambil kesempatan mencabul dan meliwat
mangssa apabila ibu mereka keluar bekerja atau tiada di rumah.
"Tindakan tidak bermoral itu berlaku berulang kali, namun suspek berusia
38 tahun memberi amaran akan mencederakan mereka jika perkara terbabit
terbongkar," katanya.Selain itu, dua beradik berkenaan juga pernah dipukul oleh suspek
beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan kecederaan dan difahamkan
mangsa pernah melaporkan kejadian itu kepada polis.
Bagaimanapun, suspek tetap mengulangi perbuatannya sehingga mangsa yang
sudah tidak tahan lagi diperlakukan seperti itu mengambil keputusan
untuk memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu sebelum
mengambil tindakan lanjut.
"Bapa saudara mangsa terus membuat laporan polis berkaitan kejadian
terbabit dan menyelamatkan mangsa bagi mengelak berlaku kejadian yang
tidak diingini," katanya.Mangsa sebelum ini pernah menceritakan kejadian itu kepada ibunya,
malangnya wanita berkenaan tidak mempercayai dan menganggap mangsa hanya
mereka cerita sahaja.
"Berikutan itu, polis sudah menahan suspek berkenaan untuk tindakan
lanjut manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan,"
katanya.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD