Laman mStar Online hari ini melaporkan tentang jantina usahawan
kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman menimbulkan pelbagai reaksi netizen di
media sosial.Menurut portal berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
mendedahkan identiti Sajat sebagai khunsa, iaitu seseorang yang
mempunyai dua alat kelamin.
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial,
Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan
Md Yusof, susulan kedua ibu bapa usahawan berkenaan telah bersumpah.
"Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa," katanya.
Meskipun begitu, pengakuan atau sumpah ibu bapa Sajat tetap memerlukan
pengesahan dari pihak berautoriti dari sudut perubatan. Sehubungan itu,
Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur
pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui
kerajaan.
"Sebenarnya Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan
dengan pihak Sajat. Namun di saat akhir, Sajat tidak hadir atau
membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh
pihak ketiga di pihak Sajat sendiri," katanya.
Walau bagaimanapun, Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited
meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat
bagi menjawab persoalan masyarakat.
Sementara itu berkata kepada Harian Metro, Sajat berharap semua pihak
menghormati privasi dan tiada pihak campur tangan mengenai keraguan
identiti sebenar dirinya.
Bagi Sajat, dia sudah mendedahkan jantinanya dan memberikan sepenuh komitmen terhadap JAKIM.
"Saya sudah memberikan kerjasama yang baik dan sudah menjelaskan
identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan yang diatur kali
pertama.
"Ibu bapa saya juga sudah memberi keterangan dan menjawab segala
persoalan mengenai identiti saya kepada dia. Saya mohon tiada lagi pihak
cuba mengeruhkan keadaan.
"Berilah saya ruang untuk fokus terhadap perniagaan yang diusahakan. Saya tidak mahu publisiti murahan ini," katanya.
Sumber: mStar Online, Harian Metro
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD