Biasalah Kalau Makan Aiskrim Memanglah Kena Begitu - Kak KM





Kak KM kembali menjadi kecaman netizen selepas tampil dengan video menjilat aiskrim bersama pelakon Iqram Dinzly.Perlakuannya itu mengundang amarah ramai orang kerana dikatakan tidak senonoh.Namun, menerusi Sinar Harian, Kak KM berkata dia sudah pun lali dengan pelbagai kecaman ini.
“Saya dah banyak kali kena kecam. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya pada Sinar Harian.“Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya.

Ditanya mengenai aksinya yang dikatakan sangat menggiurkan, Kak KM terserah kepada pendapat masing-masing.
“Biasalah pandangan orangkan. Lagipun, dah kita nampak seksi nak buat macam mana kan? (ketawa).“Tapi, saya tak tahulah cara pandangan orang kan, saya rasa ia normal. Kalau saya pakai baju kurung pun, orang tetap kata saya seksi, saya pun tak faham kenapa orang kata nampak seksi sedangkan…“Nak kata tubuh saya cantik? Tak tahulah…tapi kalau kalau orang kata cantik, alhamdulillah,” katanya sambil tertawa.
Pun begitu, kak KM menafikan dia sengaja mencari publisiti murahan.

“Memang tak lah sebab saya bukan siapa-siapa pun. Saya hanya berniaga jamu. Tapi yang sebenarnya saya memang ada jati diri sendiri.“Waktu awal-awal nak berniaga jamu, saya lock awal-awal dalam otak, nak berniaga kena gila. Itu je yang saya pegang.“Kalau nak kaya, nak berniaga kena gila. Kalau biasa-biasa tak ada siapa yang akan nampak. Tapi itu terpulanglah dekat individu yang nak buat andaian lain,” katanya.

“Semua video yang saya buat itu bersebab. Lagipun, saya menjual jamu khas untuk penjagaan wanita.“Jadi, bila nak sampaikan kepada mereka yang mempunyai masalah tersebut ia perlu kena dengan gaya dan kaedah tertentu.”
Ahaks, memang selamba habis kan kak KM ni? – Sumber: Sinar Harian


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD