Seorang wanita yang bekerja sebagai guru memaksa tiga orang anaknya
minum racun serangga sehingga mati sebelum dia cuba membunuh diri dengan
minum racun yang sama dan mengelar pergelangan tangan dan lehernya
sendiri.Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu 21 Februari lalu di Banjar Palak,
Indonesia, Septyan Parmadani, 33, telah memaksa tiga anaknya berusia 2, 4
dan 6 tahun minum racun serangga yang disediakan dalam plastik.
"Wanita itu dipercayai telah memaksa tiga anaknya membunuh diri dengan
minum racun serangga. Ketiga adik beradik itu berada dalam keadaan tidak
bernyawa ketika ditemui dan jenazah mereka kini sedang dibedah siasat
di Rumah Sakit (hospital) Kasih ibu," kata sumber polis.Sementara itu, ibu mangsa masih hidup dan sedang diberikan rawatan perubatan berikutan keadaannya yang agak kritikal.
Menurut dua orang saksi kejadian yang juga merupakan ahli keluarga
pasangan berkenaan, kejadian itu berlaku pada awal Selasa lalu apabila
Septyan dan anak-anaknya telah datang ke rumah adiknya untuk menumpang
berteduh selama beberapa hari. Adiknya pada ketika itu tidak mengesyaki
apa-apa kerana segalanya seperti biasa sahaja.Jam 2.30 petang kemudian, suaminya, Putu Mohdiana, datang ke rumah dan
mengajak isteri dan tiga orang anaknya itu pulang ke rumah. Tetapi
Septyan menolak pelawaan suaminya itu, lapor Merdeka.com.
Lebih kurang jam 11 malam pada hari yang sama, adik mangsa sempat
bertemu dengan Putu Mohdiana di depan pintu bilik dan apabila ditanya
mahu ke mana, katanya dia akan kembali. Ketika itu, kelihatan Septyan
sedang menyusui anaknya.Pada pagi keesokan harinya, ketika adik mangsa mahu mengambil alatan
mandian di bilik itu berasa curiga bila mana pintu yang diketuk
berkali-kali tidak dibuka, malah tiada jawapan dari dalamnya.
Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, adik mangsa kemudian berusaha
membuka tingkap bilik dan alangkah terkejut apabila melihat Septyan dan
anak-anaknya sudah terbujur kaku. Di tangan Septyan ketika itu dilihat
sedang memegang sebilah pisau dengan kesan luka di pergelangan tangan
kiri dan leher kanan dipercayai cuba membunuh diri selepas membunuh tiga
anak-anaknya itu.
Adik mangsa segera membuka pintu bilik dan memaklumkan tragedi itu
kepada ahli keluarga. Empat anak beranak itu dikejarkan ke hospital.
Tiga beradik berkenaan disahkan telah meninggal dunia, manakala ibu
mereka masih sempat untuk diselamatkan.
Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Berdasarkan laporan itu, polis telah menghantar pasukannya ke tempat
kejadian untuk mengambil bahan-bahan bukti dan turut menemui bungkusan
plastik yang mengandungi cecair racun penyembur serangga Baygon.
Polis sehingga kini masih menjalankan siasatan dan tidak menolak
kemungkinan berlaku pertengkaran di antara suami isteri berkenaan.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD