Seorang lelaki berjubah dan memakai
kopiah dituduh telah menyentuh paha wanita ketika berada dalam LRT di
laluan Sri Petaling, lapor NST.Klip video berdurasi 53 saat itu menunjukkan lelaki tua terbabit
merapatkan tangan kanannya mendekati kaki penumpang berkenaan yang duduk
bersebelahan dengannya.
Sesekali lelaki itu memandang ke arah paha kiri wanita berkenaan dan
juga menggerakkan jarinya rapat sehingga menyentuh paha wanita
berkenaan.Mangsa pada ketika itu sedang tidur dan tidak bergerak serta tidak menyedari tindakan lelaki tua terbabit.
"Saya pernah mendengar insiden seperti ini berlaku tetapi tidak pernah
melihatnya di depan mata saya sendiri. Kejadian ini berlaku ketika saya
dalam perjalanan pergi ke tempat kerja."Dia (lelaki terbabit) berhenti berbuat demikian selepas penumpang Melayu berhampiran saya memerhatikan perbuatannya itu.
"Sebaik saja tren berhenti, dia terus keluar," kata netizen yang memuat naik video tersebut di Facebook.
Justeru, para pengguna khususnya golongan wanita dinasihatkan agar tidak
terlelap, sebaliknya sibukkan diri dengan telefon bimbit dan berbual
dengan rakan-rakan ketika menaiki pengangkutan berkenaan.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD