Selebriti 'Janda' Muat Naik Gambar Cium Mulut Kekasih Di Instagram





Baru-baru ini kecoh apabila tular gambar seorang artis wanita berstatus janda sedang bercium dengan kekasihnya. Menurut sebuah portal akhbar tempatan, gambar berkenaan dimuat naik di laman Instagram artis berkenaan ketika dia sedang mabuk dan khayal. 
Walau bagaimanapun gambar berkenaan cepat-cepat dipadam beberapa saat dikongi, namun sempat di’screenshoot’ oleh pengikutnya dalam laman berkenaan.

Tambah akhbar itu lagi, artis wanita berkenaan dikatakan semakin liar selepas bercerai dengan suaminya pada beberapa bulan yang lalu. Bahkan portal berkenaan turut menyatakan artis berkenaan menyembukan perbuatan terkutuk berkenaan dengan menghantar anaknya ke rumah ibu untuk dijaga.
Gambar berkenaan yang tular akhirnya sampai di pengathuan pelakon Tentang Bulan, Fatin Afifah.
Fatin melalui mStar menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui kewujudan foto seorang wanita yang dikatajkan mirip wajahnya.
“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram.
Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.
Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,” katanya.

Fatin yang terkejut memberitahu bahawa dia tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya.
“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.
Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya.
Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” tegasnya.
Tambah Fatin lagi, mungkin dirinya yang dilihat sentiasa gembira dipandang serong oleh sesetengah pihak sehingga ada yang mendakwa dia mengambil dadah.
“Saya ibu tunggal yang membesarkan dua anak, orang tengok saya happy dengan hidup walaupun sebenarnya hati saya sedang bersedih.
Saya tinggalkan anak di rumah ibu ketika bekerja. Selesai kerja, saya ambil semula. Saya perlu cari duit untuk mereka, jadi janganlah fitnah dan tuduh saya bukan-bukan,” ujarnya.

Fatin berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 dan dikurnikan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 30 Mei yang lalu.

Sumber mStar dan Harian Metro


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD