Tergamak seorang wanita memaksa anak tirinya berusia tujuh tahun minum
air panas yang masih menggelegak sehingga menyebabkan bibirnya melecur
teruk, lapor Harian Metro.Kejadian itu hanya disedari oleh ibu kandungnya selepas mangsa diambil dari rumah adik bekas suaminya, Jumaat lalu.
Difahamkan, mangsa yang merupakan anak bongsu dari empat adik beradik
dihantar pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng, Negeri Sembilan,
Isnin lalu.Bagaimanapun ketika si ibu mengambil anaknya dari rumah bekas adik
iparnya pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu, dia mendapati seluruh
bahagian bibir anaknya melecur teruk.
"Ketika saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat
kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya. Apabila saya
bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa
minum air panas yang sedang menggelegak," katanya.
Katanya, dia terkejut dan tidak menyangka bahawa anaknya akan
diperlakukan seperti itu. Dia kemudian membawa anaknya pergi mendapatkan
rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama sebelum membuat
laporan polis untuk tindakan lanjut."Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri
diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab
dan tidak memberikan kasih sebagai seorang ibu.
"Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu ke rumah,
mereka akan berasa sangat gembira, namun ketika hendak menghantarnya
kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak
dihantar kembali ke sana," katanya.
Difahamkan, pasangan berkenaan telah berpisah pada 2011 dan hak
penjagaan anak-anak diserahkan kepada suami kerana dia mengalami masalah
kewangan. Namun selepas bekas suami mendirikan rumah tangga pada
Disember 2016, banyak perubahan yang berlaku secara mendadak ke atas
empat anak perempuannya termasuk anak sulung berusia 14 tahun, 13 yang
kini berada di asrama, 8 tahun dan 7 tahun.
"Pada masa ini, isu hak penjagaan anak sedang berlangsung di Mahkamah
Syariah, namun sekiranya kes ini mengambil masa yang panjang, saya
khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anak saya.
"Masalah mula timbul apabila saya membawa anak saya tinggal bersama
saya, pihak polis akan menghubungi saya dan mengarahkan saya membawa
anak saya pulang ke Lenggeng, malah saya juga pernah ditahan di lokap
selama tiga hari atas kesalahan berkenaan.
"Apabila saya membuat laporan polis, tiada tindakan susulan atau
penyelesaian dicapai kerana pegawai penyiasat IPD Nilai menganggap
perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang
pernah dibuat sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner
Shaharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa
yang dibuat pada jam 7.30 malam Sabtu lalu. Bagaimanapun kes didapati
berlaku di Lenggeng dan akan disiasat oleh pegawai penyiasata di IPD
Nilai.
Sumber: Harian Metro
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD