Isteri Pertama Meninggal. Apa Jd Selepas Suami Kahwin Baru Buat Ramai TERKEJUT !!! 2





Bertahun2 aku meratapi apa yang berlaku..Sehinggalah dua tahun lepas mak abah aku buat keputusan untuk carikan calon isteri untuk aku. Kata diorang selagi aku tak kahwin, selagi tu hidup aku serabut dan tak dapat lupa apa yang dah jadi dulu. Mula2 aku tak setuju, bagi aku isteri aku hanya satu tiada yang lain. Tapi bila melihatkan kepada makabah aku yang sangat risaukan aku, aku akur. Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa aku rasa serba salah pada wanita yang akan aku kahwini nanti sebab aku tahu aku takkan dapat mencintai dia. Hati aku dah terkunci mati untuk arwah Wani.

Selang beberapa bulan, aku pun selamat menikah dengan seorang gadis, anak kenalan mak abah aku. Senang cerita aku gelarkan dia Ana je lah. Ana ni kalau nak dibandingkan dari segi fizikal dengan Wani memang jauh beza. Dia tak secantik Wani. Yang paling ketara adalah badannya yang berisi atau tak keterlaluan kalau aku katakan gemuk. Tapi kadang2 tengok comel jugak. Haha. Sepanjang awal perkahwinan aku memang tak layan dia baik. Kadang2 aku lagi suka tidur office daripada aku balik menghadap dia dalam keadaan aku serba salah.

Ana ni walaupun tak cantik, tapi hati dia baik. Dia tak pernah mengeluh pun dengan cara aku melayan dia. Segala2nya tentang aku dia jaga, makan minum pakaian aku semua dia jaga. Cuma satu je aku tak tahan mula2 tu, dia banyak cakap. Ada je benda nak cerita. Aku? Dengar macam tak dengar je. Sejujurnya mula2 aku memang malas nak layan dia. Tapi kadang2 aku tertarik jugak dengan cara dia bercerita. Kelakar pun ada. Cikgu tadika la katakan, memang suka bercerita agaknya. Kalau sehari tak bercerita memang tak sah.

Lagi satu Ana ni jenis kepoh dan peramah. Bayangkanlah saudara mara aku lagi rapat dengan dia berbanding aku. Semua orang dia nak tegur. Jiran2 aku pun semua dia kenal dah. Aku sendiri pun tak kenal jiran aku sangat. Ana ni jugak tak berapa pandai masak. Beza dengan Wani dulu. Tapi Ana suka mencuba. Setiap kali dia masak, dia akan paksa aku makan dan bagi komen. Kalau sedap, dia akan buat lagi dan bagi kat jiran2. Aku pulak naik tersipu2 bila jiran2 aku puji isteri aku macam2.
Lama2 aku rasa hati aku terbuka untuk terima Ana. Sikap dia yang bersahaja dan suka ketawa tu sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan aku yang dulu. Hari2 aku jadi semakin ceria. Dia pun memang jenis yang sangat memahami. Pendek kata Ana ni memang ada ciri2 isteri yang perfect cuma ada masalah dengan obesiti saja. Itu bagi aku.

Baca Selanjutnya  1  2  3



1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD