Semalam, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada Intan Liana Saleh, apabila dia diceraikan dengan talak satu oleh suaminya yang merupakan seorang pemuzik bebas, Ude.Berikutan itu, suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan turut meluahkan perkongsiannya tentang isu tersebut.

Lebih dikenali sebagai Datuk Red, dia pernah melalui kehidupan berpoligami dan baginya perceraian bukan jalan penyelesaian untuk rumah tangga bermasalah kerana masa depan anak-anak yang menjadi mangsa.

Dia sendiri pernah mengalami situasi tersebut pada perkahwinan pertamanya dan mengakui kesal dengan tindakan tidak matang yang dilakukannya.“Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.“Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata,” katanya kepada mStar Online.

Perkahwinan