Beberapa jam yang lalu telah tersebar sekeping gambar yang didakwa sebagai cahayamata pertama pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.Datuk K dalam satu kenyataan kepada Berita Harian mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.
“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara
ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang
datang menziarah Siti serta anak kami”“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab
pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk
memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis
khas,” katanya
Datuk K turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi tadi. (rtky/m)
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.
Datuk K turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi tadi. (rtky/m)
- SUMBER
- Berita Harian
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD