Perancangan telah dibuat selama setahun agar majlis persandingan
berjalan dengan lancar, malangnya syarikat khidmat katering yang dipilih
oleh pasangan pengantin ini gagal menunaikan janji, malah menyebabkan
mereka terpaksa menanggung malu.
Pasangan raja sehari, Nur Syuhada Syuhadah, 24, dan suaminya, Mohd
Azrien Ramli, 30, kesal kerana majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya
meriah dan menjadi kenangan hidup tidak menjadi seperti yang dirancang.
Majlis yang diadakan di Kompleks Jawantankuasa Penyelaras Pembangunan
Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek, Alor Gajah, Melaka pada 13
Februari lalu terjejas kerana syarikat berkenaan bukan sahaja tidak
menunaikan janji malah menghidangkan makanan basi kepada para tetamu
majlis berkenaan.Lebih teruk lagi, syarikat terbabit juga tidak menyediakan hidangan istimewa untuk pasangan berkenaan.
Nur Syuhada bekerja sebagai pembantu akaun berkata, dia telah merancang
majlis itu sejak awla Februari 2017 dan bersetuju untuk menggunakan
khidmat syarikat katering itu yang berpangkalan di Rawang, Selangor,
selepas tertarik dengan iklan yang ditawarkan di Facebook.
Menurutnya, syarikat katering itu menawarkan perkhidmatan jurugambar,
pelamin, makanan untuk 1,000 tetamu, hidangan pengantin dan jurusolek
dengan harga promosi RM15,700.
"Saya tertarik dengan harga ditawarkan. Pembayaran dilakukan menerusi
tiga transaksi bernilai RM13,000 dibuat sebelum majlis persandingan.
"Namun seminggu sebelum majlis, naluri saya mengataan ada yang tidak
kena berikutan wakil syarikat katering itu menghubungi saya dan
memberitahu mereka tidak dapat menyediakan jurugambar dan jurusolek.
"Ketika itu, saya sudah dapat membayangkan perkara buruk yang bakal
berlaku pada hari perkahwinan kerana terlalu risau, terlintas di fikiran
saya untuk membatalkan sahaja majlis itu," katanya.
Sumber: Harian Metro
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD