Viral di media sosial sejak Selasa
lalu, video amatur yang menunjukkan sepasang kekasih sedang disiram
dengan air longkang, lapor Tribun News.Difahamkan kejadian itu berlaku di Kayee Lee, Ingin Jaya, Aceh Besar,
pasangan terbabit yang hanya dikenali sebagai Ar, 19, dan H, 18, disiram
dengan air longkang oleh penduduk di kawasan itu kerana ditangkap dan
disyaki berdua-duaan.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan para penduduk yang bertindak secara melulu dan mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pasangan berkenaan. "Biar polis buat kerja mereka, orang awam tidak perlu nak menghukum orang lain. Negara kan ada undang-undang," kata Nick Arffiq.
"Macamlah diri mereka semua itu sempurna sangat sehingga sanggup melakukan orang lain seperti itu. Yang melakukan perbuatan itu juga bersalah dan berdosa berkali ganda," kata Farah Izzaty.
"Kalau tak silap, sememangnya menjadi adat turun temurun mereka, sesiapa yang ditangkap basah akan dimandikan dengan air longkang," kata Are Cap.
Ketua Polis Daerah Ingin Jaya, AKP Nazarul Fitra berkata, mengesahkan
kejadian itu berlaku pada petang Isnin lalu di mana pasangan remaja
berkenaan disyaki berdua-duaan di dalam sebuah rumah kosong."Pasangan berkenaan ditangkap sekumpulan penduduk yang mengesyaki mereka
berdua-duaan dalam sebuah rumah kosong milik keluarga Ar.
"Tetapi belum dapat dipastikan apa yang mereka berdua lakukan dalam rumah tersebut," katanya.Ketika polis tiba di tempat kejadian, pasangan terbabit berada dalam
keadaaan basah dan kotor akibat disiram dengan air longkang oleh
beberapa penduduk.Polis kemudian mengawal keadaan dan menenangkan para penduduk dari terus
menghukum pasangan berkenaan, sebelum kedua-duanya dibawa ke balai
untuk disoal siasat.
Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan merupakan pasangan kekasih
dan remaja perempuan terbabit datang untuk bertemu dengan teman
lelakinya.Bagaimanapun, mereka dicekup oleh sekumpulan pemuda dan dibawa lokasi kejadian untuk dihukum di depan orang ramai.Nazarul berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan pihak berkuasa syariah untuk tindakan lanjut.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan para penduduk yang bertindak secara melulu dan mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pasangan berkenaan. "Biar polis buat kerja mereka, orang awam tidak perlu nak menghukum orang lain. Negara kan ada undang-undang," kata Nick Arffiq.
"Macamlah diri mereka semua itu sempurna sangat sehingga sanggup melakukan orang lain seperti itu. Yang melakukan perbuatan itu juga bersalah dan berdosa berkali ganda," kata Farah Izzaty.
"Kalau tak silap, sememangnya menjadi adat turun temurun mereka, sesiapa yang ditangkap basah akan dimandikan dengan air longkang," kata Are Cap.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD