Mana-mana pasangan yang mahu ibu atau ibu mertua menjaga anak mereka,
haruslah diberi upah menjaga, demikian pandangan pendakwah Ustaz Amly
Asenar yang menjawab pertanyaan ramai mengenai perlu atau tidak memberi
upah kepada ibu yang menjaga cucu mereka.Menurut beliau, ada sesetengah pasangan yang menghantar anaknya kepada
ibu untuk dijaga, namun langsung tidak diberikan upah ada ada pula
sebaliknya.
"Ibu juga adalah manusia biasa. Memanglah ibu tidak meminta tetapi mana
ada benda percuma dalam dunia ini? Tambahan pula apabila menjaga cucu,
banyak perkara yang agak terabai kerana perlu memberi tumpuan kepada si
kecil," katanya memetik dari kenyataannya dari Sinar Harian.
Menurutnya, ibu pula jika tidak ada sebarang tuntutan diharuskan untuk
menghulurkan pertolongan jika anak mereka memerlukan bantuan. Namun
anak-anak perlu prihatin kerana ia boleh jadi berdosa jika perkara itu
menyusahkan mereka."Langsung tidak salah untuk meminta bantuan daripada mereka tetapi kena
peka dengan situasi mereka. Si anak tidak sepatutnya memaksa ibu atau
ibu mertua menjaga cucu sehingga mengganggu urusan harian mereka untuk
ke surau atau mengikuti kelas agama," katanya.
Justeru beliau menasihatkan agar ibu bapa menjaga menjaga anak sendiri
atau mencari khidmat pengasuh terlebih dahulu dan jika tiada, barulah
mencari ibu atau ibu mertua. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa
ibu bapa bukan tugasnya menjaga cucu selamanya.
1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD