Memang Sah !! Pengurus Fattah Amin Buka Mulut, Sebenarnya Majlis Malam Tadi Untuk…





TIADA apa-apa majlis ‘istimewa’ di Tanah Suci nanti sebaliknya pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura hanya menunaikan umrah dan bukannya majlis akad nikah sebagaimana digambarkan media sebelum ini.Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Tanah Suci kira-kira 12.10 tengah hari, hari ini menerusi pesawat Saudi Arabian Airlines SV841 bagi menunaikan umrah bersama keluarga terdekat.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November.Pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali Acha mengesahkan bahawa majlis tertutup berlangsung di rumah nenek Fazura, malam tadi adalah kenduri dan doa selamat sempena mengerjakan umrah.

“Bagaimanapun, mungkin ada perbincangan peribadi atau pasal umrah. Saya sendiri tak (tidak) tahu, tunggu selanjutnya kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Fattah Amin dan Fazura nanti.
“Saya tidak pasti bila kenyataan itu akan dikeluarkan. Mungkin dalam tempoh terdekat. Apa yang pasti selepas pulang ke tanah air kelak akan ada sidang media daripada mereka berdua,” katanya.
Katanya, bagi adil kepada semua pihak media, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan apa-apa perkembangan selanjutnya mengenai Fattah Amin dan Fazura.

Acha berkata, turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik dan bapa saudara Fazura.Turut sama adalah rakan baik Fazura yang juga pereka fesyen terkenal, Rizman.
Acha berkata, pihaknya sudah merancang untuk mengerjakan umrah bersama-sama sejak sebulan lalu.




Baca Halaman 1 2


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD