Isteri Pertama Meninggal. Apa Jd Selepas Suami Kahwin Baru Buat Ramai TERKEJUT !!! 3





Kemudian ada satu hari tu dia menyatakan hasrat nak kurus dan paksa aku jadi coach dia..Ya, paksa. Dan aku pun terpaksa melayan karenah dia sebab aku dah mula sayangkan dia. Tiap2 petang aku rushing balik rumah semata2 nak temankan dia jogging kat taman. Disebabkan selalu melayan karenah dia, hubungan aku dengan dia makin rapat.Satu hari tu aku perasan gambar arwah Wani dalam gallery phone Ana. Aku pelik so aku pun tanya dia apa tujuan dia simpan gambar Wani ni? Rupa2nya gambar tu penyebab dia berusaha nak kuruskan badan. Dia nak aku tertarik dengan dia sama macam aku tertarik dengan arwah Wani dulu. Dia tahu aku mungkin takkan boleh cintakan dia sama macam aku cintakan Wani, tapi sekurang2nya dia tak nak nampak hodoh dan selekeh depan aku. Dia tak nak kalah dengan arwah Wani.

Waktu tu aku rasa kesian dan serba salah pun ada.. Jujur aku katakan, memang aku tertarik dan jatuh cinta dengan arwah Wani dulu sebab kecantikan dia. Tapi dengan Ana, sikap dia yang sabar dan baik hati tu yang buat aku tertarik dan jatuh cinta pada dia. Rupa, lama2 akan luput jua. Tapi peribadi yang baik, sampai bila2 takkan luput dari ingatan. Aku tahu perkahwinan kedua ni memang satu hikmah buat aku. Selama ni aku tak berlaku adil pada Ana. Hampir setahun kot tapi Ana langsung tak pernah mengungkit walaupun sekali. Kejamnya aku!Aku suruh Ana buang gambar arwah Wani dan aku pun buat perkara yang sama. Segala kenangan dengan arwah aku simpan jauh2. Tapi azam nak kurus tetap diteruskan jugak. Bukan sebab aku nak Ana jadi cantik macam model, tapi aku nak Ana sihat. Sejak haritu aku memang nekad nak jaga Ana baik2. Bila aku sedar yang obesiti tu boleh mengancam nyawa, aku sedaya upaya bantu apa yang patut. Aku jaga pemakanan Ana, support dia untuk jadi sihat. Aku tak nak Ana sakit. Cukuplah aku pernah kehilangan Wani dulu disebabkan kecuaian aku. Aku tak nak rasa lagi perasaan kehilangan untuk kali keduanya..

Sekarang lepas dah beberapa bulan jalani regim diet cara aku, Ana dah dapat berat badan yang ideal. Dia pun dah semakin sihat. Kalau dulu dia ada darah tinggi, kolestrol tinggi segala2nya tinggi, sekarang tak ada lagi dah semua tu. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni bila dah hamil pun aku tak perlu risau sangat sebab dia pun dah terbiasa dengan healthy lifestyle yang aku terapkan selama ni. Aku harap semuanya berjalan lancar dan anak kami nanti dapat lahir dengan sihat. Amiin.
>> Kadang2 kita terlalu hidup dalam kenangan sehingga kita lupa pada anugerah yang Allah berikan dihadapan kita. Hargai dan syukurilah mereka selagi mereka masih bernyawa..<< Sumber Man via IIUM.

Baca Selanjutnya  1  2  3


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD