fattah pag2





Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura tiba di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.30 pagi sebelum mendaftar masuk 11.30 pagi.
Ketibaan kedua-dua pelakon itu menarik perhatian orang ramai di KLIA malah ada mengambil kesempatan bergambar dan berswafoto dengan mereka.Usaha wartawan menemubual Fattah Amin dan Fazura tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka memilih untuk berdiam diri.
Hubungan Fattah dan Fazura terus menjadi tanda tanya apabila kedua-dua hadir majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-dua ahli keluarga terdekat turut hadir majlis itu sekali gus menguatkan khabar angin bahawa mereka berdua akan bernikah termasuk merancang mengadakan akad nikah di Tanah Suci.Pasangan berkenaan sebelum ini dikhabar bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut dan terus berteka-teki.Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.

Hubungan Fattah dan Fazura terus menimbulkan teka teki kepada peminatnya. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR

Rentetan keserasian itu, ramai peminat berharap mereka akan bercinta.Fattah dan Fazura berangkat menunaikan umrah Tanah Suci bersama ahli keluarga kedua belah pihak dan wakil pengurusan masing-masing.

Dalam kenyataan media, Fattah dan Fazura dengan rendah hati memohon seribu kemaafan kepada semua dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan semua peminat dengan harapan semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.Difahamkan, mereka juga akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini. Namun begitu Lokasi dan masa sidang media akan diberitahu kelak.“Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” kata mereka ringkas.


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD