Padu! Umie Aida Tegur Johan As'ari Mengenai Isu Tun Dr Mahathir





Kehangatan politik negara dijangka panas sehingga ke hujung tahun ini. Malah tempias tersebut turut terpalit pada industri hiburan memandangkan terdapat segelintir selebriti menyatakan sokongan mereka pada parti pembangkang. Namun itu adalah hak peribadi mereka bukan?

Sebelum ini, pelakon Johan As’ari telah memuat naik satu tweet sindiran di akaun Twitter nya yang seolah-olah memerli Tun Dr Mahathir. Namun begitu, pelakon itu telah pun memohon maaf dan mengaku akan kesalahannya kerana berasa kasihan akan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Umie Aida Tegur Johan


Terbaru,pelakon Datin Seri Umie Aida telah menegur tindakan pelakon Johan yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Tun M seperti yang ditulisnya menerusi Twitter baru-baru ini. Juga di Twitter, Umie berpendapat bahawa pelakon itu seharusnya lebih baik berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
“Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!”


Johan Anggap Ada Hak Untuk Suarakan Pandangan

Dalam perkembangan lain, Johan yang juga merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor memberitahu laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.
“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan. Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,”
Rasanya ini bukanlah kali pertama artis dikecam kerana memuat naik status berbaur politik. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.
Sumber : Mstar Online 


1 JUTA LIKE SUPPORT TUN Dr MAHATIR MOHAMAD